
Bagi memenuhi keperluan asas (Basic Needs) yang bertujuan meringankan beban golongan yang memerlukan di negara ini, Kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif bantuan dan memastikan tiada golongan yang tercicir untuk menerima bantuan yang telah disediakan. Terkini, Kerajaan telah menyediakan bantuan RM2,700 dibuka untuk permohonan kepada penerima yang layak.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan program bantuan Geran Pelancaran sebanyak RM2,700 secara “One-Off” dan permohonan bantuan telah dibuka kepada mereka yang layak.
Ikuti perkongsian mengenai bantuan Geran Pelancaran sebanyak RM2,700 secara “One-Off” serta semakan kelayakan dan cara permohonan untuk mendapatkan bantuan.
BANTUAN RM2,700 (One-Off)
Geran Pelancaran merupakan salah satu bantuan yang telah disediakan oleh Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) khusus untuk Kumpulan sasar bagi memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan akan diberikan secara tunai sekaligus (one-off) bagi mereka yang layak.
Tujuan utama Kerajaan bagi program bantuan ini adalah untuk memperkasa ekonomi Kumpulan sasar yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/keluarga. Selain itu, pihak Kerajaan juga mewujudkan program Pembangunan dan pengintegrasian bagi membantu klien mencapai matlamat kea rah berdikari.
KADAR BANTUAN
Pihak Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan bantuan kewangan sebagai permulaan kepada mereka yang layak untuk memulakan perniagaan untuk meningkatkan kualiti kehidupan Kumpulan sasar ini dan dalam masa yang sama dapat bersama-sama memperkasa ekonomi negara dengan kadar bantuan seperti berikut :
- Maksimum bantuan sebanyak RM2,700 secara one-off
SYARAT KELAYAKAN (BANTUAN RM2,700)
Berikut ini merupakan syarat kelayakan untuk mendapatkan bantuan Geran Pelancaran yang telah ditetapkan oleh pihak JKM seperti berikut :
- Warganegara dan bermastatutin di Malaysia
- Kumpulan sasar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa; atau
- PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; atau
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
KELAYAKAN KHUSUS
- Bantuan hanya disediakan kepada penerima bantuan JKM sedia ada Sahaja
- Pemohon yang bukan penerima sedia ada, perlulah membuat permohonan bantuan bulanan sedia ada terlebih dahulu
- Permohonan Geran Pelancaran JKM boleh dikemukakan setelah pemohon layak menerima bantuan bulanan dari pihak JKM
PERMOHONAN BANTUAN RM2,700
Sila ikuti cara permohonan untuk mendapatkan Geran Pelancaran seperti berikut.
Setiap permohonan hendaklah dibuat melalui :
- Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang berdekatan dengan anda
Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon dinasihatkan untuk menyediakan dokumen sokongan seperti :
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
- Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Lain-lain dokumen yang berkaitan
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon dan ianya bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
BORANG BERKAITAN
Sila lengkapkan borang dengan maklumat yang tepat bagi memudahkan proses permohonan dijalankan. Borang permohonan adalah seperti berikut :
SEMAKAN PERMOHONAN
Ikuti langkah berikut untuk membuat semakan status permohonan secara atas talian (online) bagi mereka yang telah mengemukakan permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
- Buka laman web rasmi eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti berikut : https://www.jkm.gov.my/jkm
- Login ID anda yang telah didaftarkan
- Sila klik ‘Semak Status Permohonan Talian’
- Kemudian, masukkan No.Kad Pengenalan anda
- Seterusnya, klik ‘Semak’
SILA HUBUNGI
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan bantuan Geran Pelancaran ini, sila terus berhubung ke :
Telefon : 03 8000 8000
Faks : 03 8323 2045
Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Aras 6, 9-18, No 55,
Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya.
Untuk mendapatkan pelbagai informasi dan maklumat semasa dalam negara sila ikuti platform Telegram berikut.